| Pusat Sumber Sekolah (PSS) |
|
|
|
| Written by Nik_FS | |
| Saturday, 17 April 2010 | |
|
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SK SERI SEKAMAT 1. KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah diri agar menjadi cemerlang. 2. KEMUDAHAN PENGGUNAAN Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada penggunaan buku teks dan kaedah tradisional sahaja 3. PEMUPUKAN TABIAT BELAJAR Memupuk tabiat belajar sendiri , membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penerokaan maklumat secara sisitematik. 4. PENGHASILAN BAHAN Membantu guru dan pelajar menghasil ,menilai dan menggunakan pelbagai bahan dan alatan pengajaran dan pembelajaran. 5. PERKHIDMATAN PEMBELAJARAN Mengadakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan mencari maklumat bagi memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar. 6. KEMAHIRAN MAKLUMAT Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat yang diperolehi dalam proses pembelajaran. VISI Untuk mempertingkatkan pretasi pendidikan di sekolah sebagai tempat memperoleh, mengumpul dan memberi maklumat baru untuk dimanafaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada semua warganya. MISI · Mewujudkan sistem pengurusan PSS yang berkesan. · Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru, pelajar dan semua warga SKSS · Menggalakkan penglibatan pelajar dalam semua aktiviti PSS · Memupuk budaya di kalangan warga SKSS · Menanamkan sikap bertanggungjawab, amanah serta berdisiplin semasa menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
MATLAMAT PUSAT SUMBER SK SERI SEKAMAT Bersesuaian dengan konsep PSS , Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat, Kajang telah ditubuhkan dengan matlamat amnya seperti berikut:- 1. Untuk menyokong falsafah pendidikan negara iaitu:- “sebagai usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan individu insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 2. Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pendidikan yang bermutu. 3. Menggalakkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan pelbagai kemudahan alat dan bahan pengajaran , pembelajaran di kalangan murid-murid dan guru-guru.
PIAGAM PELANGGAN PERPUSTAKAAN · Memastikan perpustakaan dibuka pada masa sebagaimana yang telah ditetapkan · Memastikan pengendalian proses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan dibuat dalam masa yang singkat · Berusaha menambah kuantiti bahan bacaan yang berkualiti · Memastikan keputusan tempahan oleh pelanggan diketahui dalam tempohn yang segera · Berusaha mengemaskini bahan bacaan dari semasa ke semasa · Memastikan penyediaan ruang yang selesa untuk semua pelanggan |
|
| Last Updated ( Saturday, 17 April 2010 ) |

PSS SKSS 


