|
VISI
Memastikan warga SK Seri Sekamat khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat juga mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
MISI
- Memberi peluang kepada murid menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
- Memberi peluang kepada murid mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
- Menyediakan masyarakat sekolah yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.
MATLAMAT
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
- Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.
|